Kejohanan AFC U16 tahun 2018 menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan tertinggi peringkat Asia bagi kategori bawah usia 16 tahun. Malaysia U16 turut layak ke kejohanan ini sebagai Naib Juara Kumpulan J pada kelayakkan meskipun mempunyai merit layak sebagai ‘host’.
Tiga (3) venue menjadi gelanggang utama bagi empat (4) kumpulan yang dihimpunkan dari 16 pasukan yang layak ke pusingan akhir adalah Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan UM Arena. Apa yang pasti kesemua gelanggang ini terletak di kawasan Lembah Klang yang sedia maklum kepadatan penduduk dan warga kota.
Melihatkan kepada aksi pertama untuk kesemua kumpulan, pertembungan aksi Iran dan Indonesia menarik perhatian kerana jumlah kehadiran yang dicatatkan adalah 3,434 orang (ref1) berbanding Malaysia melawan Tajikistan yang hanya 723 orang penonton.(ref2)
Aksi Skuad Malaysia B16 ketika menewaskan Tajikistan B16
di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto: Sports247.my
Apa yang menjadi tanda tanya sebagai pemerhati bolasepak, kejohanan ini berlangsung di kawasan Lembah Klang, di mana lokasi Stadium boleh di lalui oleh sesiapa sahaja. Apakah kurang hebahan dan promosi penganjuran? atau kurang pendedahan kejohanan oleh pentadbir bolasepak negara?
Jika ada beranggapan, waktu permainan dijalankan sebelah petang sedikit menyukarkan pergerakkan penonton dan peminat bolasepak Malaysia, bagaimana pula kita bandingkan dengan kehadiran penyokong Iran dan Indonesia pada waktu yang sama.








