Kedudukan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mula bersidang sebentar tadi kekal di blok kerajaan.
Beliau kekal duduk disebelah kanan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Bukit Gambir manakala disebelah kiri ADUN Kepong, Datuk Dr Shahrudin Jamal yang juga bekas Menteri Besar.
Sebelum ini tercetus desas desus kedudukan Datuk Osman dalam dewan akan berubah selepas beliau dilaporkan hadir pada beberapa majlis anjuran parti PEJUANG dan kempen Pilihanraya Kecil DUN Slim di Perak.
Berita lanjut menyusul








