Pelitup muka atau ‘mask’ hanya diwajibkan di dalam kenderaan awam dan tempat awam yang bersesak. Demikian kenyataan oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan merangkap Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di sidang media Harian Covid-19 hari ini.
Kenderaan Pengangkutan awam yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Bas Ekpress, Bas henti-henti, LRT, Teksi, Grab dan Pesawat. Bagi tempat awam yang bersesak pula adalah merujuk kepada tempat-tempat keramaian, kenduri kendara, majlis-majlis, pusat pelancongan, panggung wayang, dan lain-lain yang dinyatakan dalam Majlis Keselamatan Negara.
Ismail Sabri yang menjawab beberapa gambar dan laporan yang tular di media sosial berikutan ada orang awam dikenakan saman RM1,000 akibat melanggar pematuhan tersebut meskipun dikatakan bukan tempat bersesak.
Menurutnya, Pihak PDRM dan KKM akan membatalkan saman yang dikeluarkan jika di dapati lokasi tersebut adalah benar bukanlah tempat bersesak yang dimaksudkan dan jika ada orang yang sudah membayar saman tersebut boleh menuntut semula bayaran dari Kementerian kesihatan Malaysia.
Sumber: Sidang Media Menteri Kluster Keselamatan 3 Ogos 2020.








