Shabudin Yahaya dilantik Timbalan Menteri JPM

Anggota parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Shabudin selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.

Shabudin akan menggantikan Datuk Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Shabudin akan bergandingan dengan menteri PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga anggota parlimen Kota Bharu.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia diadakan di hadapan agong pada hari ini.

Foto: Azneal Ishak – MKini