Harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen seliter kepada RM1.82 sen manakala RON97 dan diesel masing-masing turun sebanyak sembilan sen kepada RM2.10 (RON97) dan RM1.87 (diesel).
Kementerian Kewangan melalui kenyataan hari ini menyatakan bahawa harga runcit produk petroleum berkenaan adalah bagi tempoh 14 hingga 20 Mac ini.
Katanya, penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.
“Justeru sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna selain untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan, harga runcit bagi dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter, ” katanya.








