Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi satu kenyataan media mengumumkan penangguhan bayaran balik berikutan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana Kerajaan.
Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam adalah berkuatkuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020. Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik.
Jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini adalah sebanyak RM375juta ringgit.








