DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, Johor Bahru, hari ini (19 Jan).
Ia merupakan panggung opera antarabangsa pertama di negeri Johor yang akan menjadi pusat persembahan pelbagai genre pementasan seni budaya dan boleh memuatkan lebih 500 penonton.
Keberangkatan Tuanku Sultan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Foto: Johor Royal Press Office
Turut berangkat, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri bersama paduka anakanda turut berkenan menyaksikan beberapa persembahan oleh Yayasan Warisan Johor dan artis-artis China sebelum berangkat pulang.

Foto: Johor Royal Press Office








