Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik atas nasihat Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari 2020.
Pengumuman itu dibuat melalui satu sidang media khas Kementerian petang tadi. Menerusi sidang media tersebut, Dr. Maszlee turut membentangkan keberkesanan dasar-dasar baharu yang diketengahkan dan menerima sambutan baik semua peringkat.
Namun dalam kenyataannya, beliau mengatakan rakyat dan masyarakat lebih cenderong ke arah isu-isu yang berunsur politik dan sensitif daripada apa yang telah diterjemahkan kepada umum, juga melalui belanjawan.
Dr. Maszlee Malik telah menerajui Kementerian Pendidikan selama 20 bulan yang mana merupakan antara barisan kabinet yang terawal diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Sebaik diumumkan jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee dilihat lebih berkelayakkan mengemudi Kementerian itu oleh kerana latar belakang akademi dan pendidikan.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mengesahkan telah menerima surat perletakkan jawatan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan kepada Kerajaan.
Tun Dr. Mahathir juga memberitahu, pengganti akan ditentukan dan diumum sedikit masa lagi.








