DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja menerima mengadap YB. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan hari ini.
Ianya pasti tertumpu selepas kenyataan yang dibuat oleh DYAM Pemangku Raja mengenai keadaan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang selepas tiga tahun yang lalu mengalami kemalangan bencana sehingga mengorbankan enam nyawa sehingga ke hari ini wad tersebut tidak dibaiki.
Dalam perkembangan lain, DYAM Pemangku Raja turut menerima mengadap YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Keprihatinan DYAM Pemangku Raja sememangnya amat diharapkan terutama Bangsa Johor yang ingin memastikan kesejahteraan rakyat dan kemudahan yang diberikan kerajaan dapat disalurkan serta sampai ke semua lapisan masyarakat.








