TMJ dilantik sebagai Pemangku Raja Johor

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenan melantik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor pada 11 Ogos 2019 di Istana Pasir Pelangi.

DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Allah Peliharakan Sultan.

Pelantikan Pemangku Raja diumumkan menerusi laman sosial rasmi The Royal Johor, Media Rasmi DYMM Sultan Johor semalam. Allah peliharakan Sultan.

,