Johor lancar logo dan Maskot SUKMA 2020

SUKMA XX Johor 2020 telah memperkenalkan Logo rasmi dan Maskot bagi Kejohanan Sukan Dwi Tahunan negara untuk tahun hadapan yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Bin Jamal di Hotel Impiana, Senai semalam.

Turut hadir, YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani (Setiausaha Kerajaan Negeri), YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Bin Ali (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. YB Dato’ Hj. A. Rahim Bin Nin (Pegawai Kewangan Negeri Johor), YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi Bin Ismail (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara), YBhg. Tuan Hj. On Bin Jabbar (Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XX Johor 2020) dan YB Dato’ Hj. Noorazam Bin Dato’ Hj. Osman (Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Sdn. Bhd.)

Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: orang di atas pentas dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang di atas pentas dan dalaman

Logo rasmi bagi SUKMA XX Johor 2020 yang bercirikan jawi dalam persembahan rekabentuk yang moden dan beridentitikan kesukanan, mencerminkan wawasan belia dan golongan muda yang berpandangan jauh, berani mencabar sempadan kemampuan dengan tanpa gentar memacu langkah ke hadapan.

Elemen Jawi huruf “Jim” mewakili Negeri Johor selaku tuan rumah SUKMA XX Johor 2020 dan juga identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memartabatkan penguasaan penulisan ini.

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri
Senarai pemenang

Di Majlis tersebut juga diumumkan Pemenang Pertandingan Mencipta Logo SUKMA XX Johor 2020 iaitu Muhammad Faez Bin Hamzah, seorang pereka grafik yang berasal dari Melaka. Beliau telah menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 3000.00.

Turut diperkenalkan, maskot SUKMA XX Johor 2020 yang merupakan seekor harimau anak jati Johor yang diberi nama Jimi. Punya keletah dan aksi cilik, namun garang di gelanggang. Jimi merupakan anak jati Johor dan buktinya, terdapat ukiran simbol lada hitam dan gambit yang merupakan identiti Johor sejak zaman berzaman.

Untuk sebarang informasi dengan kejohanan Sukan Malaysia SUKMA XX Johor, boleh terus ke Laman Sosial Rasmi SUKMA XX JOHOR 2020 https://www.facebook.com/SukmaXXJohor2020