Majlis Jumaah Diraja Johor setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini mengumumkan putera dan waris DYAM Tunku Mahkota Johor dinamakan sebagai YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
Putera ke-2 dan Anakanda ke-3 DYAM Tunku Mahkota Johor dilahirkan pada 17 Julai 2019 bersamaan 14 Zulkaedah 1440H di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. TMJ telahpun dikurniakan 2 orang cahaya mata sebelum ini iaitu YAM Tunku Kalsom Aminah Sofia Binti Tunku Ismail dan waris pertama yang Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.









