Tunku Temenggong sempurnakan Majlis Penyerahan Mesin ATM Beras di Masjid India, Jalan Duke

YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Mesin ATM Beras di Masjid India, Jalan Duke, Johor Bahru hari ini (25 Mei).

Tunku Idris yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia berkenan menyerahkan Mesin ATM Beras itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid India, Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Terdahulu, Tunku Idris turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran bubur lambuk yang diadakan di perkarangan masjid itu.

Tunku Idris kemudian menerima sumbangan zakat perniagaan daripada , Dato’ Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid bernilai RM 159,304.08 mewakili Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Sebelum berangkat pulang, Tunku Idris turut menyampaikan sumbangan bungkusan keperluan harian kepada 180 golongan asnaf. – The Royal Johor

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri, dalaman dan teks
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri
,