Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Pahang 2-0 malam tadi. Pertembungan ini secara tidak langsung menentukan jurang dan penguasan kedua-dua kedudukan teratas liga.
Di awal babak pertama pasukan tuan rumah terlepas peluang untuk membuka tirai jaringan dan bersambung babak kedua, pasukan pelawat pula mula mengasak kubu tuan rumah namun berjaya diselamatkan penjaga gol JDT.
JDT kemudian memperoleh gol pertama pada minit ke-69 menerusi serangan balas yang dimulakan dan disudahkan Hariss Harun bersama pemain gantian Akhyar Abdul Rashid.
Dan ketika aksi babak kedua hampir berakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas meledak jaringan kedua JDT.
Kemenangan ini menyaksikan JDT mengumpul 33 mata dengan memiliki perbezaan lapan mata dengan pencabar terdekat, Pahang.








