Bantuan khas kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Kerajaan Johor hari ini telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri bagi tahun 2019 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri.

Berita gembira tersebut diumum oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB. Dato’ Haji Azmi Rohani selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada hari ini.

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat dua kali iaitu pada 21 Mei 2019 berjumlah RM500 dan bakinya selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019. Pemberian ini melibatkan 19,602 penjawat awam negeri termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

,