MB Johor terima Anugerah Darjah Sultan Ibrahim Johor

Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato’.

Kurniaan tersebut daripada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Istiadat mengangkat sumpah jawatan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu pada hari ini 22 April 2019.

Terdahulu, DYMM Sultan Johor berkenan melantik semula 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang baharu dengan 3 muka baharu. Mereka ialah YB. Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang), YB. Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan YB. Tan Chen Cong (ADUN Jementah).

Barisan EXCO Johor yang baharu diketuai oleh YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal. Foto Johor Royal Press

2 Ahli sebelum ini digugurkan dan dimansuhkan, mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, YB. Mazlan Bujang (ADUN Puteri Wangsa) dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, YB. Tan Hong Pin (ADUN Skudai).

7 Ahli yang lain mengangkat sumpah jawatan semula dengan beberapa penstrukturan semula portfolio.