Dato’ Osman Sapian letak jawatan MB Johor

Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam, menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam, hari sama beliau bertemunya di Putrajaya. Menteri besar baru dijangka akan diumumkan tak lama lagi.

[Berita lanjut menyusul]

Walaubagaimanapun, Status Osman Sapian selaku Menteri Besar akan terus kekal sehingga mendapat perkenan DYMM Sultan Johor dan Menteri Besar yang baharu pula mestilah dari kalangan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Mengikut prosedur dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, peletakkan jawatan Menteri Besar Johor perlu diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai Raja Pemerintah.

Berdasarkan Tweet DYAM Tunku Mahkota Johor hari ini, Baginda mengingatkan Putrajaya bahawa kuasa melantik Menteri Besar ialah hak mutlak Sultan.

Mengikut sumber, Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor akan hanya berkenan perletakan jawatan Osman Sapian dengan syarat dikepilkan bersama-sama dengan 3 nama pilihan untuk jawatan Menteri Besar Johor.

Tuanku Sultan Johor dikatakan akan hanya berkenan dengan 3 nama daripada kalangan Exco Negeri Johor yang sedia ada bagi memastikan bahawa perubahan Kerajaan dapat dilakukan secara tersusun dan teratur di samping calon yang akan dipilih sudah mempunyai pengalaman berada dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

, , ,