Pencemaran Sisa Kimia: “Jangan buat andaian saya tak kisah”

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menegaskan bahawa Baginda sentiasa mengikuti perkembangan insiden pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang dari semasa ke semasa.

Titah Sultan Ibrahim, pada masa sama Baginda juga sering mendapatkan laporan termasuk perkembangan terkini kerja-kerja pembersihan sisa kimia yang sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa di Sungai Kim Kim.

Titah DYMM Sultan Johor, selain itu, laporan berkenaan turut merangkumi jumlah semasa mangsa-mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat pencemaran sisa kimia.

“Saya mengambil serius kejadian pencemaran sisa kimia yang berlaku di Pasir Gudang dan sentiasa mengikuti segala perkembangan berkaitan insiden itu.

“Malah pada hari ini juga, saya turut mendapatkan laporan terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (17 Mac).

DYMM Sultan Ibrahim ketika berangkat mencemar duli melawat mangsa pencemaran sisa kimia di Hospital Sultan Ismail.
Foto: Official FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

DYMM Sultan Johor bertitah supaya jangan ada pihak yang sengaja membuat andaian sewenang-wenangnya bahawa Baginda tidak mengambil berat insiden itu.

“Saya bersama Permaisuri Johor (Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah), malah Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim) turut melawat mangsa-mangsa di hospital.

“Pada masa sama, kami juga sering mengambil berat khususnya mengenai keperluan pasukan penyelamat supaya kerja-kerja pembersihan sisa kimia dapat dijalankan secara sempurna,” titah DYMM Sultan Johor.~

17 MAC 2019@1330H

CONTOH LAPORAN DITERIMA DYMM SULTAN JOHOR

KEMASKINI LAPORAN SUSULAN KES PEMBUANGAN BAHAN KIMIA DAERAH JOHOR BAHRU

Lokasi Kejadian
Sungai Kim-Kim Pasir Gudang

Tarikh Mula Kejadian
7 Mac 2019 (Khamis)

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA
Aras 3, Menara Aqabah, MPPG

POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK)
Stadium Tertutup Pasir Gudang

PUSAT PEMINDAHAN
1. Tiada

PUSAT MEDIC BASE
1. Stadium Tertutup Pasir Gudang

PESAKIT BARU YANG MENERIMA RAWATAN DI WAD PADA 17 MAC 2019 SEHINGGA 1200

  1. HSA
    Wad : 6
  2. HSI
    Wad : 5

JUMLAH:11

JUMLAH PESAKIT YG MASIH DI WAD : 127

*(HSI:71,HSA:56)

*JUMLAH PESAKIT YG MASIH DI ICU : 7

PESAKIT YANG DIBENARKAN PULANG : 30

LOKASI PEMANTAUAN

  • Tapak Pelupusan Haram
  • Kpg Paya
  • Kolam Pancing
  • SK Pasir Putih
  • Jln Cermai 13
  • SK Tanjung Puteri
  • SMK Tanjung Puteri
  • SK Perigi Acheh
  • Sek Memandu Mega, Tmn Pasir Puteh
  • Taman Scientex
  • Taman Masai Utama

CATATAN

  • Jumlah sekolah yang ditutup : 111 sekolah

KERJA-KERJA PERBERSIHAN

  • Sisa tanah yang telah dicemari oleh bahan kimia sebanyak 2.43 tan telah diambil oleh pihak kontraktor semasa pembersihan pada 7 Mac 2019.
  • Kerja-kerja pembersihan berterusan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dan dipantau Agensi-agensi yang berkaitan dengan menggunakan jentera/mesin serta secara manual. Kerja dilaksanakan 3 shif/24 jam sehari.
  • Pasukan penilai ditubuhkan bagi membuat pemantauan dikawasan Zon Merah yang terdiri daripada Jabatan Kimia, BOMBA, JAS, KKM & Meteorologi pada 15 Mac 2019.
  • Sejumlah 250 jumbo bag tanah tercemar, 350 metrik tan air tercemar telah dikumpulkan dalam operasi pembersihan yang bermula sejak 13 Mac 2019 hingga 16.3.2019.
  • Sebanyak 650 Metrik Tan tanah tercemar dan enap cemar dan 830 Metrik Tan air tercemar dikumpulkan sehingga jam 0900h 17 Mac 2019. Jarak kerja pembersihan sepanjang sungai adalah 1400 meter.
  • Penemuan jenis-jenis bahan kimia di sungai adalah Benzene, Toluene, Ethyl Benzene, Xylene, Limonene, Methane, Hydrogen Chloride & Acrylonitrile.
  • Agensi-agensi yang membuat persampelan seperti DOSH, PETRONAS, JAS, BOMBA/HAZMAT, KIMIA MALAYSIA
    Kontraktor Pembersihan telah membuat persampelan mengikut masa yang telah ditetapkan di 16 lokasi di sekitar Pasir Gudang.
  • Jabatan Veterinar mula melakukan kajian pencemaran terhadap haiwan ternakan di lokasi Sungai Kim-kim pada 10.00pagi.

-Peralatan PPE yang perlu ada bagi petugas dilapangan dupont tyvek suits, 3M ½ mask respirator, 3M organic vapor/ acid gas mask cartridge, 3M chemical google 3M, ansell chrmical gloves & hazmat boots (rapirex, UK).

  • Jumlah orang awam membuat saringan kesihatan. (Rujuk Lampiran A)
  • Laporan ramalan cuaca daripada MET. ( Rujuk Lampiran B )
  • Tiada kes kematian yang dilaporkan setakat ini.

Agensi Terlibat
PEJ SUK, PEJABAT DAERAH JB, PDRM, JBPM, APM, MPPG, JPS, PKDJB, JKNJ, KKPG, HSI, HSA, Hospital Penawar, PAGEMA (Johor Port, TLP, TITAN, MMHE, CCM Chemical), RELA, JAS, JKM, JAB PENDIDIKAN, JAB KIMIA, ATM, Pasukan CBRNE 12 SKN RAJD, MET, JKKP, KPDNHEP, PASUKAN SMART (NADMA), JAPEN, ST JOHN, KKSI, KKTU, FARMASI, PETRONAS dan lain-lain agensi.

(Jumlah keseluruhan : 591 petugas)

Sekretariat JPBN JOHOR
b/p : Pengerusi JPBN JOHOR

, , , , ,