Sultan Perak terima Darjah Kerabat Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Dalam entri di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, anugerah Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) itu diserahkan dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Perak, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut, sebelum diikuti majlis penganugerahan D.K.1 oleh Sultan Ibrahim.

Selesai majlis penganugerahan, baginda berdua berangkat ke majlis santapan sebelum diikuti sesi bergambar.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Antara pemimpin Perak yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

, , ,