Kelab Bolasepak JDT terus mengekori rapat pendahulu liga, Kedah dengan kemenangan 2-1 setelah menewaskan pesaing terdekat Melaka United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos semalam.
JDT memulakan aksi selesa mendahului 2-0 di separuh masa pertama selepas sepakan Safawi terkena tangan pertahanan pelawat. Tindakan tersebut telah menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT. Gonzalo Cabrera tidak berdepan masalah untuk mencipta jaringan gol pertama JDT pada minit 32.

Foto: JST
Bermula lontaran kedalam oleh Azrif kepada Diogo, lorongan baik dilakukan Diogo kepada Safawi untuk menambah derita pelawat selepas berjaya memperdayakan penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat untuk gol kedua.
Masuk babak kedua atau separuh masa kedua, JDT bermula baik menyerang ke kubu Melaka United, namun gagal disudahkan dengan baik. Melaka peroleh gol akibat kecuaian pertahanan selepas bekas pemain JDT berjaya melorongkan bola sebelum lorong dibuat untuk gol pelawat.

Meskipun dalam siaran ulangtayang menunjukkan pemain Melaka didapati offside, tetapi pengadil mengesahkan jaringan tersebut.
Kemasukkan Akhyar Rashid juga dilihat berjaya mengucar kacirkan keadaan, namun 2-3 percubaannya berjaya ditepis keluar penjaga gol dan pertahanan lawan.
Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan melengkapkan kemenangan kali 69 berturut-turut di Stadium Larkin sejak 2012. Tahniah diucapkan kepada semua penyokong yang hadir dan yang telah memberi sokongan.








