Menerusi satu entry terbaharu, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Ucapan terima kasih tersebut diberikan pastinya selepas Dr. Mahathir meluangkan masa lebih 1 jam bagi mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor semalam.
Sebelum ini, orang ramai memperkatakan mengenai hubungan antara Kerabat DiRaja Johor dengan Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Dr. Mahathir yang dilihat kerenggangan.
Pertemuan tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kemajuaan negeri selain menyatupadukan rakyat.








