Sultan Johor hantar Dr. M naik Proton Saga pertama Malaysia

DYMM Sultan Johor berkenan untuk menghantar sendiri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan menaiki kereta pertama Proton, iaitu Proton Saga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian Dr. Mahathir kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1985.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada tahun 80-an.

Sementara itu bercakap kepada media, Dr Mahathir turut melahirkan rasa kagum dengan Proton Saga itu yang masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia 32 tahun.

“Kereta yang berusia 33 tahun yang amat baik yang diberikan oleh saya kepada ayahanda baginda di Kuala Lumpur dulu.

“Kereta manual ini masih elok dan mungkin dipandu dengan baik, tidak pernah rosak.

Jadi saya ini bukti yang baik keupayaan Proton Saga. Sudah berusia 34 tahun tapi masih berfungsi.

“Kereta ini dah berjalan 22,000 dan haega dia dulu RM17,000, itu sebab kita bagi kepada Yang di-Pertuan Agong dulu,” katanya.

, ,