DYMM Sultan Johor dan Permaisuri bersedia membantu kanak-kanak lelaki yang menderita tumor otak. Tuanku Sultan Ibrahim dan Permaisuri berkenan untuk menghulurkan sumbangan.
“Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan menghulurkan bantuan.” Petikan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Johor Royal Press Office.
Kisah kanak-kanak itu yang di kesan mengidap penyakit berkenaan sejak empat tahun lalu disiarkan menerusi laporan dalam talian sebuah akhbar tempatan.
Baca disini : Little boy with brain tumour in need of help
Menurut laporan berita itu, Cheong Shuan Fung kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Tuanku Raja Zarith Sofiah bertitah, bantuan akan dihulurkan sebagaimana dengan nasihat daripada doktor.
“Tuanku Sultan Ibrahim dan saya bersedia untuk membantu kanak-kanak kecil. Bantuan akan dihulurkan, sebagaimana dengan nasihat daripada pihak doktor,” titah Baginda kepada Royal Press Office.








