Kelab Bolasepak JDT secara rasmi telah melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 dengan menampilkan gaya yang tersendiri.
Direka khas dari Amerika Syarikat, jersi jenama NIKE yang baharu ini memperaga warna keramat Merah Biru untuk jersi tuan rumah (home) dan warna biru hitam bagi tempat lawan (away).

Pelancaran jersi telah disempurnakan oleh YAM Tunku Tun Aminah Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor merangkap Presiden JDT bersama Suami, Muhammad Dennis Abdullah di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri, YB. Mohd Khuzzan Abu Bakar; Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Haji Azmi Rohani; dan Presiden PBNJ, YB. Dato’ Haji Ismail Karim.
Pelancaran ini juga adalah acara serentak di 10 daerah dan disertai dengan video khas pengenalan jersi.

Harga bagi jersi Home dan Away untuk penyokong jenis replika (fans issue) berharga RM185 dan boleh didapati di pengeluar rasmi JOHOR Southern Tigers.








