TMJ lahir kegembiraan melihat projek Rumah Impian Bangsa Johor berjalan lancar

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melahirkan rasa kegembiraan melihat projek perumahan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) berjalan lancar.

“Saya gembira melihat projek perumahan ini berjalan lancar dan sudah ada rakyat Johor yang menerima surat tawaran bagi memiliki rumah dalam projek ini. Rumah Impian Bangsa Johor, projek perumahan mampu milik yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Johor supaya lebih ramai rakyat Johor dapat memiliki rumah hak milik sendiri.” Titah Baginda menerusi kenyataan Laman Facebook Rasminya.

RIBJ adalah merupakan projek perumahan dibawah Yayasan Sultan Ibrahim Johor (SIJF) bagi membina lot rumah untuk rakyat Johor. SIJF kini telah melancarkan projek perumahan di Bandar Dato’ Onn dan Bandar Baru Majidee dengan 808 unit ditawarkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019 dan 2020.

Setakat ini 32 sudah menerima Sijil Tawaran RIBJ, dan selebihnya bakal menyusul.

“Saya akan pastikan projek ini berjaya dan dapat membantu rakyat Johor memiliki rumah impian sepertimana hasrat DYMM Sultan Johor. Selain itu, saya berharap kerajaan negeri juga dapat menunaikan janji untuk membina 100,000 rumah mampu milik dalam masa 5 tahun, iaitu sehingga tahun 2023.” Tambah Tunku Ismail

, ,