Bagi menjaga kedaulatan negeri dan memastikan Pulau Kukup terus dipelihara sebagai khazanah alam semulajadi, Kerajaan Negeri Johor hari ini memutuskan Pulau Kukup dan keseluruhannya kekal diwartakan sebagai Taman Negara (Johor) di bawah enakmen Perbadanan Taman Negara (Johor) 1989.
Dengan pewartaan ini, Maka status Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara dengan Perbadanan Taman Negara akan dipertanggungjawab untuk memelihara keaslian dan keadaan semulajadi kawasan tersebut.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian mengadap DYMM Sultan Johor bagi mendapatkan nasihat dan cadangan berhubung isu berkenaan.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor bersetuju memasukkan keseluruhan kawasan Pulau Kukup ke dalam Jadual II, Enakmen Tanah Kesultanan atau Sultanate Land Enactment 1934.
Semua pihak yang mendokong keluhuran perlembagaan, haruslah menghormati kuasa-kuasa negeri yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor.










