MAINJ sedia peruntukkan RM50 ribu baiki tembok

Susulan kejadian tembok runtuh yang disuarakan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi akibat tiada tindakan pembaikan oleh pihak berkenaan, MAINJ telah memperuntukkan RM50 ribu untuk membaikpulih tembok berkenaan.

Dah sebulan pagar sekolah roboh’

Perkabaran gembira tersebut dibuat menerusi kenyataan Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian menerusi akaun twitternya yang memaklumkan pihaknya telah menghubungi pejabat MAINJ dan memaklumkan peruntukkan yang disalurkan kepada sekolah berkenaan.

, , ,