DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke majlis tahlil dan bacaan yasin sempena tahun ketiga kemangkatan YAM Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.
Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Majlis diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil dalam perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini (1 Dis) yang dihadiri lebih 300 orang.
Bacaan tahlil dan yasin dipimpin oleh Mufti Johor Dato Hj Yahya Bin Hj Ahmad.








