DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ismail Bakar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Baginda Tuanku menerusi laman sosial rasmi Baginda.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani.
Pertemuan tersebut merupakan kali pertama Dato’ Seri Dr Ismail mengadap Tuanku Sultan Ibrahim sejak dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara yang baharu pada Ogos lalu.
Beliau tiba pada jam 4 petang dan pertemuan bersama Tuanku Sultan berlangsung selama hampir sejam sebelum tetamu kehormat itu diraikan dalam satu majlis santapan ringkas. – FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar









