RM14 juta atasi banjir di Batu Pahat

BATU PAHAT: Kerajaan Johor memperuntukkan RM14 juta bagi melebarkan Sungai Suluh di Batu Pahat, sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengatasi banjir di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, projek itu akan melibatkan kerja-kerja melebarkan sungai dari lima meter ke 12 meter serta meninggikan paras jambatan sedia ada bagi melancarkan pengaliran air.

Pada masa sama, pihaknya juga sudah mengenal pasti lima kuari di sekitar daerah ini yang menjadi salah satu punca kejadian banjir.

Menurutnya, kerajaan negeri ketika ini telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Johor untuk menyemak kuari yang tidak mendatangkan hasil dan menutup serta tidak memperbaharui lesennya.

“Projek pembinaan ini dijangka bermula suku pertama tahun depan dan saya sudah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Johor untuk menyemak kuari yang tidak mendatangkan hasil dan menutup serta tidak memperbaharui lesennya.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian. Foto: Sumber Internet

“Malah beberapa kawasan yang berdepan risiko banjir di Batu Pahat sudah dikenalpasti melalui mesyuarat jawatankuasa daerah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga akan menghantar surat pekeliling kepada jabatan-jabatan di semua daerah untuk membersih longkang, parit dan sungai serta membuat pemantauan berterusan sebagai persiapan menghadapi banjir. -SH

, , ,