Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet kali pertama sekaligus mencipta sejarah dipengerusikan oleh seorang wanita.
Dr. Wan Azizah mempengerusikan mesyuarat setelah ketiadaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang kini berada di luar negara. Perkara itu turut dikongsikannya di laman twitter rasmi @drwanazizah.
Sejarah tercipta, pertama kali dalam sejarah Malaysia wanita mempengerusikan mesyuarat kabinet #WomenPower pic.twitter.com/6c50zJOW2j
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) September 26, 2018
Dr. Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi Wanita pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas Pilihanraya Umum ke14 yang lalu.








