Perkongsian itinerary travel ke Perth 5 hari 4 malam, yang ada plan ke sana, boleh rujuk ke sini. #OMM #OMMtravel
Dikongsi oleh : Ayu Afiza
Itinerary Perth, Australia π¦πΊ
5D4N | April 2018
Autumn in my eyes πππ
Hi semua, ada yg pm Ayu tanya tips & itinerary percutian Ayu ke Perth blan April tuari. Fuhh dah berhabuk and yess Ayu pun bnyak dah lupa jgak. Tapi takpe Ayu bole buka diary and try ingat balik apa yg patut π
Percutian Ayu kalini dengan family inlaws, ada warga emas dan kanak kanak. Brkenaan cost & budget banyak Ayu dah lost, hehe ni mana yg sisa2 masih ingat jela.
Nak kasi tips rasanya belum layak lagi ni, tapi Ayu just share pengalaman mana yang Ayu tau je tau. If nak more tips bole join page group Tips Cuti-Cuti Perth banyak info berkaitan bole dpat dlam ni. Serious page ni banyak bantu Ayu masa struggle buat itinerary ni. As usual, Ayu lebih suka pada rancang sendiri, explore sendiri. Lebih banyak membaca lebih banyak info kita dapat. Belajar pengetahuan tempat orang π
Okay first pasal flight ticket. AirAsia ni memang selalu racun Ayu dengan promo promo tix dorng. And rasa bersalah kalau tak grab bila kena dngan masa & budget kitorng laki bini π€£
Hope korng tk terjebak, sebab skali dah terjebak susah nak stop! Hihi
2 pax RM1,600+ returns with meals & baggage.
Nak ke Perth kena apply Visa. Make sure buat awal or skurang2nya sebulan bfore fly. Jangan last2 minit, sebab bila ada apa2 problem mcm visa tak approve ke atleast korng ada masa nk prepare apape yg patut, rayuan etc.
2 pax RM50
Insurance pun penting. 2 pax RM80.
Simkad beli siap2 bila sampai airport. Cari kedai OPTUS, 5days AUD10.
Transportation kitorng siap2 sewa kereta 8 seatter dari Msia. Book dngan company Aries Car Rental, kereta sewa paling murah di Perth and milik orng Msia. Bole check website dorng. Bayar deposit, nnti sampai airport ada orng pickup and bawa pergi office dia then settle balance payment dkat situ. FYI, Perth ni ada speed limit and korng kena PATUH! jngan over limit okay bila drive tu. Jngan bawa budaya rempit dari Msia. Klau tak standby surat cinta sampai depan pintu ruma korng π€£π€£
Accommodation pulak kitorang book homestay thru AirBnb. Kelmscott area. Homestay ni complete dngan kitchen, 4bedrooms, 2bathrooms, laundry, dining & living hall. And also ada wifi! Sofar okay la buat kami 6 dewasa 2 kanak2 ni. Ada carpark & tmpat bbq.
5D4N RM1,685
DAY 1
– Lepas dpat kreta pergi brkfast isi perut dkat Selera Malaysia Cafe. Dkat je dngan office Aries.
– Checkin homestay and rest.
– Lepas kaum lelaki balik dr solat jumaat, kitorang siap2 keluar pergi Coles supermarket beli groceries & bekalan masak. Paling wajib borong coffee Dare & Barista dkat sini. Nikmat yak amat! Hari hari coffee. Klau habes stock bole beli dkat petrol station.
– Sight seeing round2 bandar Perth, Elizabeth Quay, Bell Tower, etc
– Balik homestay and rest.
DAY 2
– Pagi buta pukul 3 pagi dh bangun siap2, sebab nak attack sunrise dkat Canal Rocks, Yallingup. Perjalanan 3 jam demi view lawaaa π Haha sanggup!
– Balik singgah lunch di Fremantle Kaili’s Fish & Chips Cafe. Dan2 terjumpa dngan geng crew & pelakon #rahsiahatiperempuan dekat sini. Sempat la brgamba kenangan dngn retisss. Abah mertuaku siap pelawa Michael Ang makan sama! Haha abah abah π
– Pergi Rainbow Sea Containers, Fremantle. Bergambar ala2 Shah & Pika pulak. Kah! π€£
– Shopping dkat Watertown Brands Outlet. Jangan lepaskan peluang beli jam Fossil dkat sini. Murrrr murrr! Ayu dapat dngan harga AUD110 π
– Lepastu pergi Chemist Warehouse, ni one of the most must visit place ever bagi sang peminat perfume! Mur murrrr jgak. Sila borong, kalau tak beli nanti berlegar2 dalam kepala! Stress π€£
– Blue Boat House, unik satu2 nya rumah di tepian laut.
– Singgah dinner dkat Insan’s Cafe. Owner pun orng Msia. Kitorng terjumpa dngn orng melayu dkat sini, borak punya borak baru prasan rupanya ayah si Zahirah MacWilson rupanya. Haha! Terjumpa ramai retiss harini π€£
– Balik homestay and rest.
DAY 3
– Hari2 bangun pagi buta dkat sini. Pukul 3 pagi dah riuh bergegar satu ruma masing masing kena paksa bangun haha. Perjalanan ke Lancelin Sand Dunes ambik masa 2 jam. Sempat tidur. Hehe bertabah je sang driver. Tq husband and abg ipar ππ Tempat ni berbukit & pasir halus yakmat! Standby sunglasses. Tak lepaskan peluang main sandboarding walauupun tak reti. Acah2 takpe kan!π€£
– Balik singgah The Pinnacles Desert, Nambung. Tempat ni unik sngat, batu batu mencanak & pasir warna keemasan. Cantik. I teruja π
– Lepastu pergi lagi Fremantle sambung lagi beli souvenir dkat Fremantle Market & Megabes product.
– Ngeteh dkat San Churro pekena churros famous dkat sini.
– Round bandar Perth and balik homestay.
DAY 4
– Hari keempat ni relax skit bangun pukul 5 pagi, tu pun dah cerah macam pkul7! Haha btw Perth ni cerah awal & gelap awal! So be prepare.
Harini planning beli jiwa anak anak pulak, bawa dorng jumpa kangaroo & koala! Bukan budak je eksaited, mak apak makciks pakcik pun eksaited sama! Pestime nk jumpa kangaroo hehe
– Caversham Wildlife Park.
– Margaret River Chocolate, saja singgah sbab dekat2 je and dapat merasa ice cream buat basah tekak. Jngan panic, ada je halal ice cream dkat sini.
– Then terus ke tempat paling view cantik nak tengok daun keemasan berguguran musim Autumn ni, Raeburn Orchards, Roleystone. Ni ladang buah2an, dorng tanam pokok tersusun cantik je. Dkat sini masuk berbayar and tak bole picking buah sesuka hati. Owner kata sebab nak kekalkan kecantikan & ‘kefreshan’ buahan dorng. So klau geram mcmna skali pun jngan suka2 petik buah2 dorng ni k. Ikut laws. Jangan bawa perangai semborono korng π€£ Kalau nak merasa buah fresh korng bole beli dkat situ, beli laaaa oii sedapp manehhh!! π
– Balik singgah makan dkat Charcoal Chicken, Dianelle. Ya ampunnn! Lamb ribs sangat la Ayu recommend korng try! Delicious sehingga menjilat jariii π
– Sebelum balik homestay singgah lagi Coles, Woolworth & Big W topup stock coffee Dare & Barista nak bawa balik Msia.
DAY 5
– Flight balik Msia pagi.
– Packing barang and siap2 return kereta and terus ke airport.



#update
– Berkenaan imigresen di Perth International Airport, nak kasitau dorng agak strict bab berkaitan makanan & ubat ubatan yg kita bawa dari Msia. Klau korng ada bawa stock apa2 makanan & ubat ni better korng declare. Buat satu listing ubat, makanan & quantity. Dlam flight korng akan dpat sorng satu declaration form, wajib tick (declare) bahagian foods & medicine. Klau terkantoi nnti leceh, bakal kena bayar denda. Bukan murahh ok. Please alert apa makanan yg boleh dibawa & tak boleh dibawa.
Sampai sini je percutian Perth musim Autumn Ayu & family in laws ni. Hope pengalaman yg Ayu coret ni dapat la membantu korng serba sikit mana yang dlam plan & teringin nak merasa ke negara Perth dngan cara rancang sendri tanpa tour guide or agent. Semoga bermanfaat. Anything jngan segan silu bole pm Ayu. The End with love ππ
#ayudens #ayudenstravΓ©l_ #ayudensPerth #autumninPerth #Perth #Australia #april2018








