Sultan Johor tunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat


DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda turut diiringi anakanda DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan menantu, Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai kerajaan dan penduduk setempat.

Image may contain: 6 people, people standing and indoor

Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Makhadzir Abdan yang turut menyampaikan khutbah bertajuk Pengorbanan Untuk Agama Allah.

Tuanku Sultan Ibrahim dan Keluarga DiRaja Johor turut meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid.

Sumber artikel: Official Sultan Ibrahim

, ,