
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sentiasa percaya bahawa kasih sayang yang erat membina keluarga bahagia.
Pada hari ini (22 Ogos), selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru pagi tadi, Tuanku Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Johor berkenan menikmati santapan pagi bersama keluarga di Istana Pasir Pelangi.
Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam serta anakanda YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah Binti Tunku Ismail.


Turut berangkat paduka-paduka anakanda serta suami YAM Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah.








