Rasai keindahan syurga dunia di Maldives dengan harga RM1,500

Maldive memang sangat2 cantik, memang betul orang cakap MALDIVE SYURGA DUNIA.
Maldive memang terkanal dengan percutian mewah ‘private island’, kalau sebelum ni orang cakap, tak ada 5k seorang jangan berangan sampai ke maldive, sekarang dengan budjet bawah 1.5k boleh dah pergi maldive, dapat tgok keindahan surga dunia. Tak perlu percutian mewah, percutian budjet pon dah sangat2 berbaloi, dah sangat2 selesa.

Jom kita ikuti serba sedikit perjalanan dan perbelanjaan Saudara Khairul Anam dan pasangan. (Ini adalah copy 100% daripada pengkongsian pemilik)

TRIP TO MALDIVE 6 hari 5 mlm (22/6/2018 – 27/6/2018).

Total lost 4d3n RM1458 seorang + 3d2n private island (pilihan, total tidak termasuk di private island)

Ticket flight (AirAsia) = RM483 return x2
Couple Seat = RM56 return
Meals = RM20 return x 2
Checked baggage 25kg return = RM166
Hotel 4d3n dekat maafushi (etherial inn include breakfast) = RM395
Speedboat airport to maafushi = 25usd x 2
Snorkeling = 30usd x 2 ( n/p 35 usd)
Excursion whaleshark & manta = 90usd x 2 (n/p 100 usd)
Ferry (maafushi to male) = 30 rufiya x 2
Teksi = 40 rufiya (n/p 25-30 rufiya)
Ferry (male to airport) = 10 rufiya
Groceries = RM100 (makanan dalam tin, hanya perlu panaskan sahaja)

TOTAL 2 ORANG RM2,915
1 usd = RM4.01
1 rufiya = RM 0.27

Hari 1

– HULHUMALE(airport) KE MAAFUSHI
Nak ke MAAFUSHI ada 2 cara, boleh pilih ikut budjet.

  1. SPEEDBOAT (45 minute- 25 usd)
    • Keluar airport akan ada orang pegang signboard maafushi, boleh beli tiket dengan dieorang.
  2. FERI (2 jam – 3 usd)
    • AIRPORT —> MALE —> MAAFUSHI
      daripada airport ambil fery ke male. Lepas tu ambil teksi ke jetty velinggi. Beli tiket feri ke maafushi.

– MAAFUSHI
sampai maafushi, pihak hotel akan menunggu kita, so kena comfirmkan dengan pihak hotel pukul berapa sampai maafushi.

– CHECK IN WHITE SAND LODGE
kiteorang book etherial inn, hotel tu under maintainance so dapat tukar hotel baru tanpa bayaran tambahan.

– PAKEJ EXCURSION & SNORKELLING BY KAANI TOURS.
Selepas puas research, ramai orang berpuas hati ambil pakej dengan kaani. Service kaani memang terbaik, layan customer macam raja! Ambil banyak pakej dapat banyak discount 💃.

Hari ke-2

FULL DAY SNORKELLING TRIP
3x snorkelling
lunch dekat sand bank
cari dolphin 🐬

Hari ke-3

1. WHALESHARK & MANTA
jauh perjalanan, 2 jam.
Tak berbaloi ambil pakej ni sebab jauh perjalanan, nak cari manta &whaleshark susah, berejam mencari. jumpa whaleshark & manta x sampai pon 5 minute.

2. COPY GAMBAR JANGAN LUPA.
Kaani ni memang rajin ambil gambar korang. Nak gambar banyak kena selalu dekat ngan guide kaani.

Hari ke-4

  1. MAAFUSHI to MALE (perjalanan 1 jam setengah)
    • Balik naik feri. Feri daripada maafushi hanya jam 7.30 pagi sahaja. Jangan lambat! orang maldivian ni sangat menepati waktu. Tiket boleh beli sehari sebelum dekat kedai aachaa.
  2. MALE (bandar maldive) to HULUMALE (airport)
    • Turun feri, ramai pemandu teksi menunggu, ambil taxi ke jetty airport
  3. PRIVATE ISLAND 🌴
    • Bermalam dekat private island, ini adalah pilihan.
    • Total diatas tidak termasuk private island
    • Kalau ada budjet lebih boleh pergi private island untuk merasa tidur atas water villa.
    • Cara nak pergi private island tak perlu pening2. Semua staff resort yg handle A to Z.
    • kalau x cukup budjet boleh ambil trip masuk private island dekat kaani 100usd, tolong ambil trip ni, sangat2 berbaloi.

Hari ke 5 & 6

free & easy & rilex.

TIPS & TRICK
1. Book tiket time FREESEAT. Paling murah RM370 return.
2. Book tiket flight awal pagi & bukan hari jumaat. Boleh naik public fery jam 3 petang.
3. Flight selama 5 jam. Sila book meal siap2 masa book flight supaya korang tak kelaparan dalam flight.
4. Sebelum berlepas, sila comfirm kan semula dengan pihak hotel sama ada naik public ferry or speedboat. Kalau speedboat kena inform jam berapa.
5. Maldive menggunakan matawang rufiya & USD. RINGGIT ke USD tukar siap2 dekat malaysia. Tukar duit rufiya dekat airport, tukar 20 USD dah cukup. Feri, teksi & barangan runcit pakai rufiya. lebih jimat pakai rufiya. Pakai USD pon boleh, tapi rugi sebab dieorg akan genapkan. Contoh feri 10 rufiya kalau USD kena bayar 1usd. Tukaran 1 usd = 15 rufiya, dah rugi 5 rufiya.
6. Dekat maldive ada 3 pulau yang korang kena ambil tahu. HULHUMALE (pulau airport), MALE (bandar maldive), MAAFUSHI (pulau popular dikalangan pelancong sebab hotel & excursion yang murah
7. Nak ke MAAFUSHI ada 2 cara naik feri 4usd (2 jam) dan speedboat 25usd (45 minute) atau lebih murah 20 usd boleh ambil dekat kaani tour.
8. Hotel kat maafushi ambil yg murah2 je janji review ok, service hotel kiteorg memang 5 star, terbaik walaupun murah. Kami bercuti x kisah pasal bilik sebab bilik hanya tempat untuk tdo & mandi sahaja.
9. Excursion boleh ambil dekat kaani hotel, service terbaik. Ambil 2 excursion dapat diskaun banyak.
10. Jangan ambil whaleshark excursion. Tak berbaloi sebab jauh. Better ambil trip pergi private island ataupun trip lain.
11. orang maldive semua baik2 dan pembersih. Susah nak jumpa sampah dekat pulau & laut. air laut dekat jeti pon bersih.
12. Cuaca kat maldive panas terik. Sila bawak sunblock & topi. Kalau x sampai sehari berjemur dah jadi org maldivian.
13. Sila bawak makanan dalam tin banyak2. makanan dekat maldive sekali makan sorang habis 10-15 usd. kalau kat private island breakfast 35usd, lunch 55 usd, dinner 55 usd. sehari sorang 145 usd(sila tukar RM terus pengsan)
14. kalau ambil feri, sila sampai setengah jam awal, kalau lambat kena tinggal. pilih seat bawah kipas. Dalam feri panas, angin laut pon x terasa 😂😂
15. maldive negara islam, so kalau ada bajet lebih, tak perlu susah2 bawak makanan.

Maldive memang sangat2 cantik, memang betul orang cakap MALDIVE SYURGA DUNIA.
Maldive memang terkanal dengan percutian mewah ‘private island’, kalau sebelum ni orang cakap, tak ada 5k seorang jangan berangan sampai ke maldive, sekarang dengan budjet bawah 1.5k boleh dah pergi maldive, dapat tgok keindahan surga dunia.
Tak perlu percutian mewah, percutian budjet pon dah sangat2 berbaloi, dah sangat2 selesa.

I misss maldive…… Khairul Anam

, ,