Lata Sri Pulai yang terletak di Pontian Johor ini menyediakan pebagai kemudahan serta prasarana yang berteraskan Melayu tradisional. Jadi sudah semestinya bagi pengunjung yang suka untuk merasi suasana aman damai seperti kampung maka ini adalah satu pilihan tepat untuk anda.
Di Lata Sri Pulai ini sebenarnya mempunyai kolam renang yang asli serta kolam buatan yang dipenuhi dengan ikan talapia. Apa yang lebih menarik ialah kita sebagai pengunjung yang menyewa di Lata Sri Pulai ini dibenarkan untuk cuba memancing ikan tersebut. Admin melihat bahawa konsep kediaman yang diketengahkan oleh pihak Lata Sri Pulai ini adalah sangat sesuai untuk kita melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti memancing ikan, berenang, beriadah dan yang paling penting dan menarik sekali dapat BBQ pelbagai jenis makanan.

Di Lata Sri Pulai ini anda juga boleh berbasikal dikawasan sekitar dan melakukan riadah seperti menunggang basikal mengelilingi kawasan Lata Sri Pulai dan kampung berhampiran. Jika ada ingin rasai tempat mandian yang santai, Jom singgah
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
- Nombor Telefon : 019-328 2881
- Waktu Operasi : Sila hubungi pihak owner jika datang untuk menginap atau mandi-manda sahaja.
- Fee : Kanak-kanak RM5 dan Dewasa RM10










