![]() |
| Foto: Astro Awani |
Saya mungkin tidak ada peluang untuk menyampaikan keseluruhan pendirian saya mengenai GST dan SST di Dewan Rakyat kerana terlalu panjang dan masa yang terhad. Oleh demikian, saya kongsikan perinciannya di sini.
Keputusan untuk berubah dari sistem SST kepada sistem GST bukanlah dilakukan secara melulu. Ia adalah satu keputusan yang dicapai serta dibuat selepas penelitian terperinci dan menjadi sebahagian dari Program Transformasi Ekonomi pada lewat 2009.
Walaupun ramai yang memberi amaran ia akan menjadi satu beban politik terhadap saya dan kerajaan apabila memperkenalkan satu cukai kepenggunaan (consumption tax) seperti GST yang lebih telus dan terdapat banyak contoh di mana kerajaan yang demokratik di dunia jatuh selepas memperkenalkan cukai itu, saya membuat keputusan untuk meneruskan langkah yang kritikal itu kerana ia amat diperlukan bagi menjamin masa depan Malaysia dan dalam hasrat kita menjadikan negara ini sebagai ekonomi maju.
Biarpun saya tahu kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tak akan berganjak dan tidak mempunyai pilihan secara politik selain memansuhkan GST dan digantikan dengan SST, izinkan saya menjelaskan sekali lagi faktor-faktor kepada keputusan kerajaan saya untuk memperkenalkan GST pada 2015.
Objektif utama GST bukan semata-mata untuk mengutip lebih banyak wang dan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Tidak.
Ikuti kenyataan penuh Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Pekan yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia:-
Ini merupakan perkongsian dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Friends of Johor.









