Zahid Hamidi ketua pembangkang

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Kerusi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berada di kedudukan pertama, barisan kiri di Dewan Rakyat, ruang untuk Ketua Pembangkang.

Pemilihan itu turut disahkan oleh, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ketika ditemui media, hari ini.

Sementara itu, Annuar berkata, UMNO belum memutuskan untuk bertanding atau tidak Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis. – Foto Eizairi Shamsudin

, , , ,