Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengucapkan takziah atas kemangkatan bonda kepada Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.
“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2018.
“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah dan ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan para aulia, syuhada dan solihin,” katanya. – BH








