Sultan Johor solat sunat Aidilfitri di Masjid Pasir Pelangi

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (15 Jun ).

DYMM Tuanku Sultan diiringi DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor , YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Solat Sunat Aidiladha diimamkan oleh Imam Hj Makahadzir Abdan yang turut menyampaikan khutbah bertajuk Aidilfitri kemenangan yang di syukuri

DYMM Tuanku Sultan dan Keluarga DiRaja Johor turut berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid pada jam 9 pagi.

#sultanjohor
#royalpressoffice

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *