Sultan Johor kurnia Proton Suprima kepada Pegawai Daerah di Johor

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (13 Jun) berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berupa kereta Proton Suprima kepada Pegawai-Pegawai Daerah di Johor.

Terdahulu, Tuanku Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan selama hampir 15 minit bersama Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Negeri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Baginda telah memulakan amalan pengurniaan hadiah kereta sejak tahun 2016 kepada pegawai-pegawai yang memberikan perkhidmatan cemerlang.

#sultanjohor
#royalpressoffice

, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *