Sultan Johor dan Kerabat Diraja ziarah Makam Diraja

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat melawat Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru hari ini (13 Jun).

Tuanku Sultan Ibrahim berangkat tiba pada jam 9.00 pagi

Turut berangkat, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda dan suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Baginda dan Keluarga Diraja Johor kemudian menyiram air mawar di setiap makam dengan diiringi bacaan doa oleh Mufti Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Samsudin.

Tuanku Sultan Ibrahim turut menyiram air mawar di makam bonda Baginda, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah yang dimakamkan pada Rabu lalu (6 Jun).

Keluarga DiRaja Johor secara tradisi menziarahi makam-makam DiRaja sebelum menjelang Aidilfitri sebagai tanda menghormati dan memperingati ahli keluarga yang telah mangkat.

#sultanjohor
#royalpressoffice

, , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *