PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan keputusan majoriti mudah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri yang telah dimenangi oleh parti yang bertanding untuk membentuk kerajaan negeri. Antara pengumuman yang dibuat, Perlis dan Pahang dimenangi oleh Parti Barisan Nasional sekaligus mengekalkan kerajaan negeri, begitu juga Kelantan dimenangi PAS dan Pulau Pinang dimenangi parti HARAPAN masing-masing terus mengekalkan kerajaan.
Kejutan berlaku di Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu apabila PAS mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan Negeri yang sebelum ini di bawah Parti Barisan Nasional. Lain-lain kerusi masih dalam pengiraan dan keputusan lanjut akan diumumkan kemudian. – SPR









