Datuk Tee Siew Kiong bukan nama asing lagi dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat di Pulai Sebatang. Beliau telah diberi mandat lebih daripada sedekad untuk menjadi Ahli DUN Pulai Sebatang. Bagi Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini nama beliau terus dikekalkan sebagai calon Ahli DUN Pulai Sebatang.
Jadi pada 9 Mei 2018, penduduk di sekitar Pulai Sebatang perlu menjadikan PRU14 sebagai platform untuk terus mengangkat nama Datuk Tee Siew Kiong ke peringkat yang lebih tinggi. Selain menjadi Ahli DUN Pulai Sebatang, beliau juga mengalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor.
Kenapa penduduk Pulai Sebatang wajar memilih Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli DUN Pulai Sebatang?
Pertama, pengalaman yang begitu lama dalam dunia politik merupakan aset terpenting bagi beliau untuk mengemudi DUN Pulai Sebatang. Dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mudah memahami kemahuan penduduk di sekitar Pulai Sebatang. Secara tidak langsung, beliau mampu memenuhi segala kehendak rakyat tanpa sebarang alasan.
Kedua, seorang pemimpin yang cekap dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan pemimpin yang mempunyai perancangan yang terperici untuk membangunkan kawasan Pulai Sebatang.
Buktinya, Pulai Sebatang telah menjadi sebuah kawasan yang pesat membangun pada masa ini. Kawasan yang strategik iaitu berhampiran dengan dengan Iskandar Malaysia menjadikan kawasan tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Hal ini menyebabkan Pulai Sebatang menerima tempias terhadap kerancakan pembangunan di sekitar kawasan tersebut.
Ketiga, kepesatan dan kerancakan pembangunan di sekitar kawasan Pulai Sebatang telah menyebabkan Datuk Tee Siew Kiong membuka ruang dan mencipta peluang pekerjaan bagi golongan muda di sekitar kawasan tersebut.
Malah dengan adanya perancangan ini, ramai golongan muda memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan menanam cili, menjual hasil laut dan lain-lain. Dalam pada itu juga, beliau telah menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat di Pulai Sebatang.
Kesemua ini adalah hasil titik peluh yang dilaksanakan oleh Datuk Tee Siew Kiong dalam memastikan penduduk di Pulai Sebatang menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Justeru itu, kepercayaan dan sokong perlu diberikan kepada Datuk Tee Siew Kiong untuk terus merangka dan seterusnya memperhebatkan lagi kawasan Pulai Sebatang pada masa hadapan.
Kesimpulannya, rakyat semakin bijak untuk menilai pemimpin mana yang mampu menjaga kebajikan mereka dan dapat menangani segala masalah yang mendatang dengan secara profesional.
Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor









