PRU14: Pakatan Harapan sah bentuk kerajaan di Johor

PUTRAJAYA: Keputusan penuh kerusi Dewan Negeri bagi Negeri Johor, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) secara rasmi telah mengumumkan bahawa parti yang bertanding iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memenangi 36 kerusi sekaligus membentuk Kerajaan Negeri yang baharu, manakala Barisan Nasional hanya menang 19 kerusi diikuti PAS hanya 1 kerusi.

Antara kejutan yang direkodkan bagi negeri Johor yang sebelum ini antara Kubu kuat Barisan Nasional terus kecundang dengan parti gabungan Pakatan Harapan. Kejutan juga turut berlaku kepada penyandang Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang di dua (2) kerusi iaitu tewas di Dewan Negeri Permas dan Parlimen Pasir Gudang.

Pakatan Harapan yang diterajui oleh PKR, PPBM, DAP dan AMANAH memenangi 36 Kerusi dengan masing-masing 5 kerusi, PPBM 8, DAP 14, dan Amanah 9 kerusi Dewan Negeri. –  SPR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *