Polis Johor tahan 42 individu, buka 122 kertas siasatan

JOHOR BAHRU – Polis menahan 42 individu dan membuka 122 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan daripada tempoh pembubaran Parlimen sehingga selepas PRU14.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, penangkapan dilakukan membabitkan empat fasa; ketika pembubaran parlimen, penamaan calon, hari mengundi dan selepas hari mengundi.

“Dalam pilihan raya kali ini, kita dapati semuanya berjalan dengan baik, cuma beberapa kes kita terpaksa melakukan tangkapan melibatkan 42 orang dan kesemuanya telah diambil tindakan dan tiada masih ditahan reman atau dalam tahanan.

“Kesemua ditangkap merupakan lelaki tempatan dan diambil tindakan mengikut kesalahan atas seksyen masing-masing,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Antara kesalahan dilakukan melibatkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 506 KK, Seksyen 506/509 KK, Seksyen 324 KK, Seksyen 186 dan 427 KK, Seksyen 186 dan 143 KK, Seksyen 186 KK, Seksyen 147 KK serta Seksyen 427 dan 186 KK. – Bernama

Foto: Malaysia Gazette – Hazrol Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *