JCorp teruskan semua projek

JOHOR BAHRU 15 Mei – Johor Corporation (JCorp) akan meneruskan semua projek mengikut jadual sehingga satu arahan baru dikeluarkan.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pihaknya akan membentangkan perkembangan projek yang sedang dijalankan kepada Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada masa terdekat.

Pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk memberikan perbentangan tersebut secara rasmi.

“Semalam saya baharu berjumpa beliau (Osman) dan ketika itu beliau hanya ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang JCorp.

“Kita akan dapatkan tarikh yang sesuai untuk memberikan perbentangan secara rasmi,” katanya ketika ditanya tentang peralihan kuasa kerajaan negeri selepas diambil alih oleh Pakatan Harapan selepas PRU-14.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge (RZSWDC) 2018 di Menara Komtar JBCC, di sini sebentar tadi.

Ditanya tentang jawatan dalam JCorp selepas ini, beliau menjawab, pihaknya hanya menunggu perkembangan lanjut selepas ini. -UTUSAN ONLINE

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *