HSR: Keputusan batal projek adalah muktamad

PETALING JAYA: Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pampasan itu perlu dibayar sekiranya Malaysia menarik diri daripada meneruskan projek terbabit.

Ia adalah keputusan muktamad tetapi akan mengambil sedikit masa, kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura,

Dr Mahathir, projek HSR tidak memberi manfaat selain tidak menguntungkan.

Ia hanya satu trek yang pendek. Ia akan menjimatkan masa orang hanya satu jam sahaja dengan mengambil HSR. Terdapat pampasan, jika Malaysia menarik diri daripada pertaruhan, saya diberitahu ia hampir RM500 juta.

“Bagaimanapun saya masih belum dapat mengesahkan sama ada ia adalah dalam ringgit, Dolar Singapura atau Dolar Amerika (Syarikat),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini. Menurut Dr Mahathir, projek itu membabitkan kos yang besar, justeru kata beliau, perbincangan lanjut perlu diadakan dengan Singapura.

Kita perlu melihat perjanjian asal dan ketika ini, saya belum melihatnya,

Sementara itu, dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu menanggung kerugian yang besar jika projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan.

Menurut beliau, kerajaan perlu mencari jalan alternatif untuk mengurangkan jumlah wang yang perlu dibayar sebelum membatalkan perjanjian dibuat pentadbiran terdahulu.

Kita akan kerugian besar jika memutuskan untuk membatalkan HSR. Berdasarkan perjanjian dibuat bersama Singapura, kita perlu membayar sejumlah wang yang besar jika mahu menggugurkan projek itu,

, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *