Hasni, ketua pembangkang Dewan Negeri Johor

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan Ahli Dewan Negeri (DUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi Dewan Negeri Johor. Keputusan itu dibuat selepas Barisan Nasional tewas untuk mentadbir kerajaan negeri sekaligus kini berpihak pembangkang.

Hasni Mohammad yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Khaled sebelum ini antara pemimpinan kanan parti. Pengumuman itu dibuat selepas mengambil kira peranan parti dalam dewan negeri Johor akan datang.

Pada pilihan raya umum 9 Mei, Hasni berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut untuk kali ketiga, walaupun dengan majoriti yang lebih kecil. Beliau menang dengan majoriti 4,447 berbanding calon BERSATU Zulkifly Tasrep dan PAS Mohd Firdaus Jaafar. Pada pilihan raya 2013, Hasni menang kerusi itu dengan majoriti 6,572 undi.

Daripada 56 kerusi DUN, BN hanya menang 19 berbanding 38 pada pilihan raya sebelumnya. Bagi kerusi Parlimen di Johor, gabungan itu memenangi lapan berbanding 21 sebelum ini.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *