DYMM Sultan Johor menerima mengadap Muhyiddin, Bincang calon MB

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (11 Mei).

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Pertemuan itu adalah untuk membincangkan pelantikan Menteri Besar serta mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Johor bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Tan Sri Muhyiddin tiba di perkarangan istana pada jam 11.45 pagi.

Pada pertemuan itu, Tan Sri Muhyiddin turut menyerahkan nama calon Menteri Besar Johor kepada Tuanku Sultan Ibrahim dan majlis angkat sumpah dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung kelmarin, PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 19 kerusi dan PAS (1). – Royal Press Office

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *